Friday, 21 December 2012

surah al-ikhlas



Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Thursday, 20 December 2012

AMALKAN ISTIGHFAR




Nabi saw. bersabda, "sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ 
nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang."
(HR At Tirmizi, hadis no: 3577) 

Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

AYAT KURSI



      Nabi saw. bersabda, “Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” 

(HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)



Saturday, 25 August 2012


KISAH PENDERITAAN DAHSYAT AHLI KUBUR

Diriwayatkan dalam sebuah hadis tentang kisah seorang pencuri kain kafan. Menurut apa yang dikatakan kepada Abdul Malik, pemuda tersebut berasa insaf setelah melihat siksaan terhadap 4 jenis penghuni kubur. Berikut merupakan azab siksa yang diterima oleh pendosa atas dosa-dosa mereka

1.Wajah Jenazah berpaling dari Kiblat dan Sedang Disiksa
Hal ini kerana si mati meringan-ringankan solat dan menganggap solat sebagai satu yang tidak penting.

2. Mayat Berubah Menjadi Seekor Babi
Hal ini kerana si mati merupakan seorang pemabuk berat.

3. Jenazah Beserta Paku-Paku dan Lidah Ditarik Keluar
Hal ini kerana si mati tidak jujur dalam transaksi dengan orang lain.

4. Jenazah Dipanggang Dalam Api Dan Dipukul Malaikat
Hal ini kerana si mati merupakan seorang pembohong dan kerap bersumpah palsu.


Kesimpulannya, siksa kubur dijatuhkan sebagai akibat dosa-dosa yang dilakukan oleh si mati. Moga ianya menjadi iktibar buat kita semua..Perbanyakkanlah istighfar moga kita akan sentiasa di bawah lindunganNya