puding kustard strawberry
Bahan-bahan ( 10 orang )
- 1/2 cawan tepung kustard
- 4 cawan air
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan susu cair
- 1 kotak agar-agar serbuk (perisa strawberry)
- 2 cawan air untuk masak aga-agar
- 10 biji buah strawberry (bolh diganti dgn buah campuran dlm tin)
Cara-cara
- Masukkan tepung kastard dan air ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
- Panaskan ke atas api yang perlahan. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul-ketul.
- Masukkan gula pasir dan susu cair. Kacau sehingga masak. Warna kustard akan berubah warna kekuningan.
- Masukkan ke dalam bekas. Sejukkan kustard tadi.
- Setelah kustard sudah agak keras, masak agar-agar bersama-sama dengan air ke dalam periuk. Gunakan api yang perlahan.
- Masak sehingga agar-agar itu cair. Angkat dan masukkan ke dalam bekas kustard tadi. Tuang sedikit demi sedikit supaya ianya tidak bercampur dengan kustard.
- Masukkan buah strawberry atau buah campuran ke atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk. Selamat mencuba.
Sumber: http://www.myresipi.com
No comments:
Post a Comment