Saturday 28 July 2012

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

1. Lafaz niat
       
      "Usholli sunnatal istikhaarati rok'ataini lil laahi ta'aalaa"

2. Rakaat Pertama :Baca Al-Fatihah diikuti surah al-Kafirun 

3. Rakaat Pertama :Baca Al-Fatihah diikuti surah al-Ikhlas

4. Bacaan sujud akhir :

    "subhanakala ilmalana illa ma'allamtana innaka antal alimulhakim (40x)

5.Baca doa dengan yakin

* Istikharah perlu dibuat secara beruang kali untuk mendapatkan kepastian. 
   
"Tidak rugi orang yang beristikharoh dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah." (H.R. Jabir bin Abdullah)

Sunday 15 July 2012

 "KAFARAH"

PENGERTIAN

Kaffarah

Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.


JENIS-JENIS KAFARAH YANG BERKAITAN DENGAN MEMBERI MAKAN KEPADA FAKIR MISKIN (BERSEDEKAH)

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

    * Wajib menqadhakan puasanya dan
    * Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

Kafarah musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia tinggalkan.


    * Wajib menqadhakan puasanya dan
    * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kafarah dengan bertambahnya tahun.
 
Kafarah orang tua yang tidak mampu berpuasa


    * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.

Kafarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

    * Wajib menqadhakan puasanya dan
    * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.

Kafarah Sumpah

    * Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau
    * Memberi pakaian kepada fakir miskin

Kafarah Nazar

    * Sama Kafarah Sumpah
    * Wajib menqadhakan puasanya dan
    * Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan    berturut-turut.

Kafarah Zihar

Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.

TAKSIRAN

1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh Kafarah:

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00

Sumber :  http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/fidyah-a-kaffarah.html

HARI WAJIB ATAU HARAM PUASA


HARI WAJIB ATAU HARAM PUASA


Soalan :
Bolehkah senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?

Jawapan:
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  • Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  • Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  • Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  • Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  • Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  • Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  • Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah

Soalan :
Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Jawapan :
Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:


  • Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  • Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  • Hari Haid dan Nifas.
  • Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :"Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)
  • Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut



Sunday 8 July 2012


FADHILAT SELAWAT 


  1. Para malaikat akan berselawat ke atas pembaca selawat dan Allah akan menurunkan rahmatNya.
  2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Berselawat 500x insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.
  3. Terhapus sifat marah dan jauh dari bencana.
  4. Menjadi kekasih kepada Allah.
  5. InsyaAllah kesukaran yang dihadapi akan menjadi mudah diselesaikan.
  6. Beroleh rezeki yang berkat, hasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.
  7. Mendapat syafaat (pertolongan istimewa) di dunia dan akhirat
  8. Mendapat keampunan dosa dari Allah
  9. Cita-cita yang baik mudah tercapai.
  10. Dapat berdamping dengan Rasulullah di akhirat kelak.
  11. Sebagai satu cara bagi orang miskin untuk bersedekah.
  12. Terkenal disisi malaikat dan makhluk-makhluk ghaib.
  13. Akan terlepas dari seksaan dan huru-hara hari qiamat.
  14. Mendapat jawapan selawat setiap kali berselawat kepada Rasulullah.
  15. Menajauhkan diri dari papa.
  16. Tidak tertulis bakhil bagi seorang yang selalu berselawat
  17. Sebagai cara menyempurnakan suatu majlis 
  18. Kata-kata akan menjadi lebih sempurna jika disertai selawat.
  19. Mendapat berkat dalam pekerjaan dan penghidupan orang yang mengamalkannya.
  20. Mendapat kemurahan dan rahmat Allah
  21. Allah menerima amalan selawat tanpa syarat kerana ia memuliakan Rasulullah
  22. Allah memuji orang yang berselawat kepada nabi di langit dan di bumi.

Saturday 7 July 2012


KISAH GOLONGAN KANAN DAN KIRI


      Penyerahan buku amalan atau senarai daftar amal perbuatan manusia di dunia menjelaskan akan dua golongan manusia pada hari kebangkitan.

" Dan golongan kanan, apakah golongan kanan itu? Dan golongan kiri, apakah golongan kiri itu?" (56:8-9).



Golongan Kanan

Golongan kanan terdiri daripada manusia yang menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan.
Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanan, maka dia berkata: 

"Ambillah, bacalah kitabku ini, sesungguhnya aku yakin aku akan menemui hisab." 

Maka orang itu berada dalam hidup yang diredhai. Dalam syurga yang tinggi . Buah-buahan dekat. 

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu."(69:19-24)

Tanya: Mengapa daftar perbuatan (kitab) orang-orang saleh diberikan di sisi kanan?

Jawab: Hal ini kerana tangan kanan lebih utama dari tangan kiri.

Tanya: Bagaimana mungkin buah-buahan syurga jatuh ke mulut orang yang menginginkannya dengan segera? Adakah pohon itu hidup? Bagaimana mereka dapat mengerti keinginan penghuni syurga?

Jawab: Tuhan akan menguasai hati mereka dengan menghubungkannya dengan setiap benda syurga. Ketika cahaya diinginkan bohlam akan menyala, ketika udara diinginkan kipas angin akan bekerja dan begitulah seterusnya.

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah dalam jamaah hamba-hamba Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-ku." 
(89:27-30)


Golongan Kiri

Golongan kiri pula adalah golongan yang menerima buku amalan dengan tangan kiri.

Tanya : Bagaimana saat pendosa melihat buku amalannya, adakah mereka menolak mengakuinya?

Jawab: Mereka akan berasa malu dan takut kerana akan ada gambar dari setiap kejahatannya. Tangan dan kaki secara optomis memberi kesaksian sebagai saksi melawan diri sendiri.

"Pada hari itu, bumi sebagai saksi terbaik menceritakan beritanya." (99:4)

Friday 6 July 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat Sunat Taubat dilakukan  setelah seseorang  hamba Allah menyesali perbuatan dosa yang dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi dosa tersebut dengan cara memohon sepenuhnya pengampunan kepada Allah.
Jumlah rakaat solat taubat adalah tidak terbatas dan dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Solat ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.



Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat
1. Lafaz niat Solat Sunat Taubat:
"Sahaja aku solat Sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala"
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
 Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun-11x
 Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas-11x

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim)".

4.  Setelah salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
"Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepada-Nya".
b.
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan".

c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Aku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan, aku mengakui akan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

6. Diikuti doa bertaubat:

tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
waraja'na illallah-Kami kembali kepada Allah
wa  nadimna ala ma faalna-Kami menyesal terhadap apa yang kami lakukan

Sunday 1 July 2012

DIARI SEORANG SAHABAT





Sahabat dianugerahkan Nur diwajahnya,
kelembutan di hatinya,
ketegasan pada didikannya,
perawat kepada yang terluka, 
penghibur kepada segala kepedihan,
penderma kasih sayang yang tidak bertepi,
pendengar yang setia,
perindu ang tidak ada kesudahannya,
pemberi yang tidak pernah minta balasan
dan pendoa yang tidak pernah putus harapan..
Begitulah hebatnya insan yang bergelar "SAHABAT"

"QIYAMULLAIL"

Qiyamullail atau solat malam iaitu bangun pada malam hari dengan niat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Kemudian bermunajat meminta ampun kepadaNya dengan mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dan solat-solat sunat yang lain. Setelah itu memperbanyakkan zikir, tasbih, tahmid dan bertakbir serta memperbanyakkan doa kepada Allah dengan penuh rasa yakin.

Ayat Al-Quran yang menerangkan tentang Qiyamullail

Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (solat) kurang daripada dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu." (Al-Muzzamil:20)

Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam daripada kami, sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal."


Keutamaan Qiyamullail


"Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullalil atau solat di tengah malam."
(Riwayat Muttafaqun Alaih)

Qiyamulllail dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.
Daripada Abu Hurairah ra.Rasulullah SAW  bersabda. Maksudnya:
"Syaitan mengikat pada tengkuk-tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika ia tidur dengan tiga ikatan (simpan), setiap simpul ditiupnya dengan ucapan: "Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena." Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah, terlepaslah satu simpul, bila ia berwuduk terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat, maka terlepaslah simpul yang terakhir kemudian pada pagi hari ia menjadi segar, bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih. Jika tidak, maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti." (Riwayat Muttafaqun Alaih)

Mengapa orang yang bertahjjud itu wajahnya paling bercahaya berbanding orang lain? Kerana mereka suka bersama Allah, maka Allah memberikan kepada mereka dengan cahaya-Nya. (Hasan Basyri)

Mengapa aku tidak boleh bangun untuk melakukan qiyamullail? "Janganlah engkau melakukan maksiat kepada Allah pada waktu siang, nescaya Allah akan membangunkan kamu untuk beribadah kepada-Nya di waktu malam." (Hasan Basyri)

Kelebihan di dunia:
  • Dijauhkan daripada penyakit merbahya
  • Ditampakkan takwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekalian manusia
  • Percakapannya menjadi hikmah
  • Dilimpahkan rezeki dan kekuatan pada agama
Kelebihan di akhirat:
  • Dibangkitkan di akhirat dengan wajah yang berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Dipercepat meniti tititan sirat al Mustaqim
  • Menerima buku amalan dengan tangan kanan