Sunday 23 December 2012


FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang teraniaya/dizalimi.
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  • Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa.
  • Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
  • Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
  • Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
  • Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan   sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
  • Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.


Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Kata-Kata Ibnu Qayyim
  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.


    Sumber:http://pekanrabu.com.my

Saturday 22 December 2012

ikan paling cantik di dunia


1. Mandarin Fish
http://hermawayne.blogspot.com

Lihat ikan ini sunguh cantik bukan warnanya ada dua varietas dari spesies ini, yaitu Mandarinfish standar dan Psychedelic Mandarin. namun yang memiliki warna paling bagus adalah varietas yang setandar harga ikan ini pun di jual tidak terlalu mahal hanya sekitar $20 per ekor, namun masalah dari ikan ini adalah sulitnya mencari makanannya.
2. Discus
http://hermawayne.blogspot.com

Ikan ini adalah jenis ikan air tawar mungkin salah satu ikan air tawar paling cantik yang pernah ada ikan ini di jual dengan harga sangat mahal untuk anakanya saja yang berukuran sekita 3 inchi di jual dengan harga $50-$80.
3. Lion Fish
http://hermawayne.blogspot.com

Ikan ini selain warnanya yang cantik namun bentuk nya menyeramkan dan sangat berbahaya racunya sangat menyakitkan dan cukup efektif melukai musuh ikan ini juga biasa di sebut Zebrafish.
4. Moorish Idol
http://hermawayne.blogspot.com

Ikan ini habitatnya di laut, ikan ini juga sangat mahal sekali harganya ikan ini tidak dapat hidup jika di  plihara di dalam akuarium standar.
5. Koi
http://hermawayne.blogspot.com

Ikan koi merupakan ikan yang diangap membawa keberuntungan bagi pemeliharnya, ada lebih dari 100 varian warna dari ikan koi para pengoleksi koi pun rela membayar ribian dolar hanya untuk memburu pola warna koi yang lanka.
6. Flame Angel
http://hermawayne.blogspot.com
Ikan ini memikiki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tapi sifatnya tidak ’seteguh’ Coral Beauty.
7. Coral Beauty
http://hermawayne.blogspot.com

Ikan ini tidak sulit di pelihara dan dapat hidup dengan baik di habitanya.

Sumber: http://onthespot7.com/2012/11/7-ikan-paling-cantik-di-dunia/

Easy muffin 


Blackberry_muffin


Bahan-bahan ( 9-12 biji )

  • 220 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula caster
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil perasa vanilla
  • 150 gram bahan perasa tambahan (e.g. Pisang hancur, white chocolate, frozen rasberry, blackberry, kelapa kering, grated apple)
  • 1 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn gula dan kacau sebati.
  2. Satukan bahan basah (minyak, telur, susu dan perasa vanilla). Kacau sebati.
  3. Masukkan perasa tambahan kegemaran anda. Saya buat perasa white chocolate dgn blackberry. Jadi, saya masukkan coklat dan hias dgn blackberry.
  4. Gaul sebati, tak payah lama, asal sekata. Masukkan dalam mangkuk muffin dan bakar pada 180 selama 15-20 minit atau hingga keperangan/coklat gitu.

Sumber: http://www.myresipi.com

puding kustard strawberry

P1050758


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1/2 cawan tepung kustard
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kotak agar-agar serbuk (perisa strawberry)
  • 2 cawan air untuk masak aga-agar
  • 10 biji buah strawberry (bolh diganti dgn buah campuran dlm tin)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung kastard dan air ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.
  2. Panaskan ke atas api yang perlahan. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan gula pasir dan susu cair. Kacau sehingga masak. Warna kustard akan berubah warna kekuningan.
  4. Masukkan ke dalam bekas. Sejukkan kustard tadi.
  5. Setelah kustard sudah agak keras, masak agar-agar bersama-sama dengan air ke dalam periuk. Gunakan api yang perlahan.
  6. Masak sehingga agar-agar itu cair. Angkat dan masukkan ke dalam bekas kustard tadi. Tuang sedikit demi sedikit supaya ianya tidak bercampur dengan kustard.
  7. Masukkan buah strawberry atau buah campuran ke atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk. Selamat mencuba.

Sumber: http://www.myresipi.com

Mee Bandung


P1105182


Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )

  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
  • ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara-cara

  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. 
  4. Masukkan udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam
  5. Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
  6. Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri

Sumber: http://www.myresipi.com

Simbol  syaitan



Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisaTexe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927.

Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.


Isyarat Syaitan yang bermaksud ” I Love U, Satan”


Sumber: http://penpatah.blogspot.com/2012/12/info-kenali-simbol-syaitan.html

4 Gelongsor air paling cool


1. The Leap of Faith Waterslide


Ia merupakan gelongsor paling hebat . Gelongsor ini terletak di Aquaventure Water Park, Atlantis The Palm yang berada di Dubai. Gelongsor yang paling curam ini dimiliki shark lagoon di akhir tunnel transparannya. Selain itu, kawasan Aquaventure berkeluasan sekitar 17 hektar dari Atlantis The Palm dan terdapat pantai yang indah seluas 700 meter.


2. World Waterpark




Gelongsor yang kedua adalah gelongsor yang berada di dalam pusat beli-belah. Dengan keluas lebih dari 12 hektar, World Waterpark adalah ‘waterpark indoor’ terbesar di dunia. Waterpark ini dibuka untuk publik pada tahun 1986 dan berlokasi di West Edmonton Mall di Alberta, Canada. Had maksimum World Waterpark adalah 40.000 pengunjung. Gelongsor tertinggi di taman tema air ini adalah Twiter dan Cyclone dengan tinggi 25 meter.


3. Jumeirah Sceirah



Ianya merupakan gelongsor ketiga. Taman tema air ini masuk dalam 10 terbesar tarikan di Dubai. Tarikan utama dari waterpark ini adalah Jumeirah Sceirah. Dengan tinggi 33 meter dan kecepatan 80 km/jam, Jumeirah Sceirah merupakan gelongsor ‘free-fall water’ tercepat dan tertinggi selain United States.


4. Disney’s Blizzard Beach Water Park





Gelongsor keempat berada di United States. Gelongsor dengan ‘free-fall speed’ terlaju dan tertinggi yang terletak di Disney’s Blizzard Beach Water Park di Walt Disney World. Gelongsor dengan ketinggian sekitar 36 meter, Anda dapat melihat pemandangan sangat menakjubkan di Disney. Sangat hebat kan?

sumber: http://penpatah.blogspot.com/2012/12/cool-4-gelongsor-air-paling-hebat-di.html

Friday 21 December 2012

surah al-ikhlas



Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Thursday 20 December 2012

AMALKAN ISTIGHFAR




Nabi saw. bersabda, "sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ 
nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang."
(HR At Tirmizi, hadis no: 3577) 

Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

AYAT KURSI



      Nabi saw. bersabda, “Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” 

(HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)