Sunday 1 July 2012

"QIYAMULLAIL"

Qiyamullail atau solat malam iaitu bangun pada malam hari dengan niat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Kemudian bermunajat meminta ampun kepadaNya dengan mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dan solat-solat sunat yang lain. Setelah itu memperbanyakkan zikir, tasbih, tahmid dan bertakbir serta memperbanyakkan doa kepada Allah dengan penuh rasa yakin.

Ayat Al-Quran yang menerangkan tentang Qiyamullail

Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (solat) kurang daripada dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu." (Al-Muzzamil:20)

Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam daripada kami, sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal."


Keutamaan Qiyamullail


"Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullalil atau solat di tengah malam."
(Riwayat Muttafaqun Alaih)

Qiyamulllail dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan.
Daripada Abu Hurairah ra.Rasulullah SAW  bersabda. Maksudnya:
"Syaitan mengikat pada tengkuk-tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika ia tidur dengan tiga ikatan (simpan), setiap simpul ditiupnya dengan ucapan: "Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena." Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah, terlepaslah satu simpul, bila ia berwuduk terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat, maka terlepaslah simpul yang terakhir kemudian pada pagi hari ia menjadi segar, bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih. Jika tidak, maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti." (Riwayat Muttafaqun Alaih)

Mengapa orang yang bertahjjud itu wajahnya paling bercahaya berbanding orang lain? Kerana mereka suka bersama Allah, maka Allah memberikan kepada mereka dengan cahaya-Nya. (Hasan Basyri)

Mengapa aku tidak boleh bangun untuk melakukan qiyamullail? "Janganlah engkau melakukan maksiat kepada Allah pada waktu siang, nescaya Allah akan membangunkan kamu untuk beribadah kepada-Nya di waktu malam." (Hasan Basyri)

Kelebihan di dunia:
  • Dijauhkan daripada penyakit merbahya
  • Ditampakkan takwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekalian manusia
  • Percakapannya menjadi hikmah
  • Dilimpahkan rezeki dan kekuatan pada agama
Kelebihan di akhirat:
  • Dibangkitkan di akhirat dengan wajah yang berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Dipercepat meniti tititan sirat al Mustaqim
  • Menerima buku amalan dengan tangan kanan



No comments:

Post a Comment