Sunday 23 December 2012


FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang teraniaya/dizalimi.
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  • Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa.
  • Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
  • Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
  • Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
  • Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan   sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
  • Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.


Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Kata-Kata Ibnu Qayyim
  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.


    Sumber:http://pekanrabu.com.my

No comments:

Post a Comment