Friday 6 July 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat Sunat Taubat dilakukan  setelah seseorang  hamba Allah menyesali perbuatan dosa yang dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi dosa tersebut dengan cara memohon sepenuhnya pengampunan kepada Allah.
Jumlah rakaat solat taubat adalah tidak terbatas dan dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Solat ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja.



Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat
1. Lafaz niat Solat Sunat Taubat:
"Sahaja aku solat Sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala"
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
 Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun-11x
 Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas-11x

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim)".

4.  Setelah salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
"Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan aku bertaubat kepada-Nya".
b.
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan".

c.  Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, aku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Aku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan, aku mengakui akan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

6. Diikuti doa bertaubat:

tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
tubna illallah-kami bertaubat kepada Allah
waraja'na illallah-Kami kembali kepada Allah
wa  nadimna ala ma faalna-Kami menyesal terhadap apa yang kami lakukan

1 comment: